Naib Johan "Website Sekolah" Karnival ICT Johor 2009 : Portal Web SK Teluk Lipat

.

INFO TERKINI LAMAN WEB PPD MERSING

Mersing Hebat .... Lakaran Sejarah Mersing


MESEJ MERSING HEBAT

Al Hamdulillah wa syukrulillah, kita sebagai makhluk sewajibnya bersyukur ke hadrat Yang Maha Pencipta atas anugerah nikmat kejayaan demi kejayaan yang kita kecapi hasil daripada usaha bersama semua pihak. Hari ini daerah Mersing telah melakar sejarahnya yang tersendiri dan sekaligus mencipta tamadun pendidikan daerah Mersing selari dengan slogan ' MERSING HEBAT ' yang sama-sama kita dokongi berlandaskan 'MARDHATILLAH' (Keredaan Allah)

Kecemerlangan ini sebenarnya membawa mesej bahawa guru-guru dan murid-murid Mersing memang hebat serta berpotensi sehingga mampu membuka mata dan mentaliti kita sendiri dan rakan-rakan di daerah-daerah lain. Kita mampu untuk berhijrah (berubah).

HEBAT :

H : Hikmah
E : Efektif
B : Badar
A : Amanah
T : Tawakkal

BADAR :

1. Batu permata Badar pada cincin Nabi Muhammad SAW.
2. Semangat Peperangan Badar :

  • Keikhlasan
  • Keimanan / Kerohanian
  • Kerja Sepasukan
  • Kepatuhan kepada pemimpin
  • Berani
  • Strategi

SLOGAN MERSING HEBAT :
ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Mersing Hebat :
- Pengurusan Kurikulum
- Prestasi Peperiksaan Awam
- Kepimpinan Intruksional
- Pengurusan Sekolah
- Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan.

Cita-cita memerlukan perjuangan, perjuangan memerlukan pengorbanan dan pengorbanan memerlukan ketabahan hati. Teruskan usaha demi masa depan pendidikan Mersing. Jangan sekali-kali biarkan kita diperlekeh dan tertinggal dek arus perubahan. Salam ukhuwwah

KEJAYAAN LAHIR ANTARA ADA DUA KUASA:

DUA KUASA PRA

Kuasa Niat (power of intension) - Halatuju untuk mencapai keredaan Ilahi melalui program Jejak Barakah, penerapan nilai keikhlasan dan mardatillah merentasi semua tindakan. Niat yang ikhlas, sedia berkorban, berani menghadapi cabaran dan penolakan, istiqamah & usaha yang berterusan tanpa mudah putus asa antara prinsip amalan yang perlu ada pada seorang pendidik.
Tugas pendidik amat berat, ia mempunyai nilai yang paling berharga kerana di tangan pendidiklah lahirnya watak generasi akan datang. Pendidiklah yang membentuk aset insan mulia sebagaimana disyariatkan oleh Allah SWT.
Lahirnya manusia sebagai pendidik. Konsep Iqra' yang dibawa oleh Rasulullah SAW perlu dikaji dan dihayati serta diamalkan dalam apa juga bidang kehidupan manusia.

Kuasa Efektif Amal Jamaei' - Jaringan usaha selangkah sederap berefektif semua warga pendidikan seperti warga PPD, Pertubuhan Kebangsaan Pengetua Sekolah Malaysia (PKPSM), Majlis Guru Besar (MGB), Majlis Guru Cemerlang (MGC), Majlis Guru Kaunseling (MGK), Majlis Guru Sarjana (MGS), Majlis Pemimpin Pelapis Pendidikan (M4P), Pertubuhan Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah-Sekolah Malaysia (PEKDIS), Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah-Sekolah Malaysia (MAKDIS), Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG), Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK), Jawatankuasa Kurikulum Daerah, Guru-guru dan murid-murid.

DUA KUASA PASCA

Kuasa Memori dan Muhasabah -
1. Apa yang telah kita rancang/lakukan?
2. Adakah kita benar-benar berperanan atau sekadar melihat dan leka dalam zon selesa?
3. Adakah kita hanya sekadar meletakkan pandangan sinis atas usaha orang lain?
4. Atau hanya tahu melawan arus tanpa memikirkan apa yang perlu kita bantu?

Kuasa Hijrah - Kejayaan baru hakikatnya membawa peluang yang baru. Kejayaan hari ini tidak berhenti sini, tapi ia mengundang tugasan yang lebih berat dan lebih mencabar bagi mengekalkan prestasi sedia ada. Kuasa untuk berubah ini perlu disahut oleh semua warga pendidikan Mersing dalam satu arus dan halatuju bagi merealisasikan visi dan misi kita. Untuk mencapai hasrat berkenaan, adalah lebih aula kita singkirkan sikap menuding jari, tuduh menuduh, suka mencari salah dan sifat mazmumah lain yang boleh merosakkan keutuhan organisasi pendidikan yang suci ini. Justeru saya menyeru semua pihak bersatu, berpadu tenaga, bersikap idealis, kreatif dan kritis. Kita telah membuktikan bahawa kita boleh, kita mampu untuk berubah dan amalkan kerja efektif.

Ciri Kerja Efektif :

1. Berfikir tentang apa yang perlu dilakukan? Bukan apa yang hendak kita lakukan?
2. Berfikir apa yang baik untuk organisasi?
3. Menetapkan pelan tindakan iaitu menterjemahkan maklumat di atas dalam bentuk tindakan.
4. Bertanggungjawab atas keputusan yang dibuat.
5. Bertanggungjawab dan mengkomunikasikan keputusan yang dibuat.
6. Memfokuskan pada peluang, bukannya masalah yang ada.
7. Mengadakan mesyuarat yang produktif bagi memastikan seluruh organisasi rasa bertanggungjawab atas hasil kerja mereka)
8. Berfikir dan berkata kita, bukan saya.

Tahniah kepada seluruh warga pendidikan Mersing.

ANUGERAH KECEMERLANGAN SPM 2008

1. ANUGERAH PPD CEMERLANG KATEGORI PERATUS LAYAK MENDAPAT SIJIL (PERATUS PALING TINGGI) - PPD MERSING
2. ANUGERAH PPD CEMERLANG KATEGORI LONJAKAN SAUJANA BERDASARKAN GPS (TERTINGGI) - PPD MERSING
3. ANUGERAH PPD CEMERLANG BERDASARKAN GPS (TEMPAT 1) - PPD MERSING.
4. ANUGERAH SEKOLAH CEMERLANG KATEGORI SBP (TEMPAT 3) - SMS SULTAN ISKANDAR
5. ANUGERAH SEKOLAH CEMERLANG KATEGORI 100% LAYAK DAPAT SIJIL - SMS SULTAN ISKANDAR
6. ANUGERAH SEKOLAH CEMERLANG KATEGORI FELDA BERDASARKAN GPS – SMK TAN SRI ABD.KADIR
7. ANUGERAH SEKOLAH CEMERLANG YANG MENCAPAI 100% LAYAK DAPAT SIJIL - SMK TAN SRI ABD.KADIR
8. Peningkatan GPS Tertinggi Sekolah FELDA - SMK Tan Sri Bd. Kadir

ANUGERAH KECEMERLANGAN STPM 2008

1. ANUGERAH SEKOLAH CEMERLANG LULUS 100% - SMK SRI MERSING
2. ANUGERAH SEKOLAH CEMERLANG LULUS 100% - SMK TENGGAROH A

ANUGERAH KECEMERLANGAN PMR 2008

1. ANUGERAH PPD PALING CEMERLANG (KATEGORI LONJAKAN SAUJANA) - PPD MERSING
2007 : LULUS (56.48%), GPS (2.92)
2008 : LULUS (61.30%), GPS (2.82)
2. ANUGERAH SEKOLAH CEMERLANG (KATEGORI LONJAKAN SAUJANA) - SMK SRI MERSING
3. ANUGERAH SEKOLAH CEMERLANG (KATEGORI SEKOLAH YANG MENCAPAI 100% MENGUASAI) - SMS SULTAN ISKANDAR.
4. ANUGERAH SEKOLAH CEMERLANG (KATEGORI SEKOLAH YANG MENCAPAI ETR) - SMK TAN SRI ABD.KADIR
5. Peningkatan Peratus Cemerlang Tertinggi Sekolah Kawalan - SMK Sri Mersing.
6. Anugerah Pencapaian ETR Terbaik Kawalan - SMK Sri Mersing
7. Peningkatan Peratus Tertinggi Sekolah FELDA - SMK Tan Sri Abd. Kadir.
8. Anugerah Pencapaian ETR Terbaik Sekolah FELDA - SMK Tan Sri Abd. Kadir

ANUGERAH KECEMERLANGAN UPSR 2008

1. ANUGERAH PPD CEMERLANG (KATEGORI DAERAH YANG MENCAPAI ETR) : 2.32 - PPD MERSING
2. ANUGERAH SEKOLAH CEMERLANG (KATEGORI SEKOLAH FELDA : TEMPAT KETIGA) - SK LKTP TENGGAROH 04
3. ANUGERAH SEKOLAH CEMERLANG (KATEGORI LONJAKAN SAUJANA : 100%) - SK PULAU AUR
4. Peningkatan Peratus Tertinggi SJKC - SJKC Jemaluang
5. Anugerah Pencapaian ETR SJKC Terbaik - SJKC Jemaluang
6. Peratus Terbaik Sekolah Asli/Pulau - SK Pulau Pemanggil
7. Peratus Terbaik Sekolah Asli/Pulau - SK Pulau Aur
8. GPS Terbaik Sekolah Asli/Pulau - SK Pulau Aur
9. Anugerah Terbaik Sekolah Pulau - SK Pulau Aur

KARNIVAL ICT NEGERI JOHOR 2009

NAIB JOHAN PERTANDINGAN REKA CIPTA 'WEB-SITE' NEGERI JOHOR - SK TELOK LIPAT

ANUGERAH KOKURIKULUM NEGERI JOHOR 2008

SOFI SOLIHA SAGIMIN (K 725597)
SK LKTP Nitar 02

1. Johan Tilawah Al-Quran MTQMHSS Daerah Mersing 2008.
2. Johan Tilawah Al-Quran MTQMHSS Peringkat Negeri Johor 2008.
3. Johan Tilawah Al-Quran MTQSS Peringkat Kebangsaan 2008.
4. Naib Johan Musabaqah Tilawah Al-Quran Kanak-Kanak Negara-Negara Brunei Darus Salam, Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura (MABIMS) pada 13 November 2008 di Yogyakarta, Indonesia.
5. Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum Negeri Johor 2008

ANUGERAH UPSR 2009

1. ANUGERAH PEJABAT PELAJARAN DAERAH CEMERLANG KATEGORI ANJAKAN SAUJANA (% LULUS, % CEMERLANG & GPS) - sijil.pdf

2. ANUGERAH KHAS PENCAPAIAN PPD PALING MENCAPAI ETR UPSR 2009 - sijil.pdf

3. ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG KATEGORI CALON ORANG ASLI - SAIFUL ISKANDAR BIN KAMU : SK LABONG, MERSING (5A).

PPPD Kurikulum

PPD Mersing


© SKTL.EDU.MY(2009)Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di BLOG LDP MERSING ini dihasilkan untuk tujuan perkongsian dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, pihak admin tidak akan bertanggungjawab jika t."Sila tinggalkan komen anda"

JU LDP 1

MOHD FADZILAH B. MOHD. ALI

SK Sri Mersing , Johor

019-2620207

JU LDP 2

MOHD FARUZE BIN IBERAHIM

SK Teluk Lipat, Endau, Johor

013-9038612

cikguzack@yahoo.com.my

IKLAN ANDA

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET
 

Copyright 2009 All Rights Reserved | SK Teluk Lipat Ubahsuai oleh : Cikgu Zack