Naib Johan "Website Sekolah" Karnival ICT Johor 2009 : Portal Web SK Teluk Lipat

.

INFO TERKINI LAMAN WEB PPD MERSING

Latihan Punca SJKC Cemerlang


Sumber : Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 23 Nov. - Latihan yang berganda menjadi antara faktor murid-murid di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) lebih cemerlang dalam mata pelajaran Matematik dan Sains.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Hashim Adnan berkata, faktor itu dilihat amat jelas berbeza di antara murid di SJKC dengan Sekolah Kebangsaan.

"Kalau murid di Sekolah Kebangsaan diberi 10 bentuk latihan, murid di SJKC akan membuat kira-kira 30 latihan dalam mata pelajaran itu.

"Itu menjadi antara punca mengapa murid di sekolah jenis itu boleh mencapai tahap kecemerlangan yang baik dalam dua mata pelajaran itu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Hashim berkata, membuat latihan berganda seharusnya dijadikan sistem pembelajaran di semua sekolah.

"Murid di SJKC yang cemerlang dalam dua mata pelajaran ini juga dilihat mempunyai disiplin baik terhadap pelajaran mereka walaupun berada di rumah," katanya.

Beliau berkata, usaha kerajaan untuk mengkaji kaedah pembelajaran dan pengajaran Matematik dan Sains itu adalah langkah yang baik dan belum terlambat.

"Langkah ini amat berfaedah kepada sistem pendidikan negara kita. Sepatutnya kita melihat kepada semua bentuk kaedah pembelajaran dan pengajaran di semua jenis sekolah," katanya.


© SKTL.EDU.MY(2009)Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di BLOG LDP MERSING ini dihasilkan untuk tujuan perkongsian dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, pihak admin tidak akan bertanggungjawab jika t."Sila tinggalkan komen anda"

JU LDP 1

MOHD FADZILAH B. MOHD. ALI

SK Sri Mersing , Johor

019-2620207

JU LDP 2

MOHD FARUZE BIN IBERAHIM

SK Teluk Lipat, Endau, Johor

013-9038612

cikguzack@yahoo.com.my

IKLAN ANDA

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET
 

Copyright 2009 All Rights Reserved | SK Teluk Lipat Ubahsuai oleh : Cikgu Zack